Sunday, March 2, 2008

Minggu 2

Pada hari Isnin (18.2.2008), saya mula mengajar menggunakan persediaan mengajar saya sendiri. Saya mengajar darjah 4B iaitu Karangan yg bertajuk 'Tamu di Daerah Saya'. Saya mengajar agak kucar kacir kerana tdk pandai mengawal situasi kelas. Selain itu, saya ditegur oleh CT kerana ada tersalah konsep mengenai tamu. Saya menyatakan keadaan 'Tamu Tudung Saji' dan bukannya situasi di tamu seperti ramai orang, banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan sebagainya. Kemudian pada pukul 10.30 - 11.30 saya mengajar darjah 5B dan saya mengajar kelas ini juga tdk teratur. Pada pukul 11.30 - 12.30 saya ikut CT mengajar darjah 5A dan melihat cara guru tersebut mengajar. Saya membuat perbandingan, guru ini mengajar lebih teratur dan tegas kepada murid-murid. Setelah saya melihat cara guru ini mengajar, baharulah saya mendapat idea kaedah pengajaran yg sesuai dgn murid seperti kaedah perbincangan. Guru ini lebih mementingkan kefahaman murid dan mendapatkan maklumat daripada murid. Ini akan menyebabkan murid lebih berfikir dan bknnya 'School Feedings'.

Pada hari Selasa (19.2.2008), saya mengajar seperti biasa iaitu Bacaan & Fahaman darjah 4C. Saya mengajar agak terkawal tetapi CT menegur saya jgn terlalu lembut dgn murid dan mesti tegas kerana kelas ini adalah di antara kelas yg 'excel'. Walaupun mereka pandai tetapi ada yg suka membuat bising terutama sekali Hakim.


Pada hari Rabu (20.2.2008), saya membawa murid ke Masjid Jamalul Alam Kuala Belait bagi mengikuti aktiviti amal iaitu kempen membersihkan kawasan masjid. Setelah itu, saya mengajar Tatabahasa darjah 4A. Selepas rehat saya mengajar Sivik darjah 5A dan pengajaran saya amat bosan. Saya tdk pandai atau mengajar dgn kreatif pelajaran Sivik dan pengajaran saya kucar kacir. Selain itu, saya ditegur kerana masalah 'time management' kurang baik iaitu selesai mengajar awal 5 minit.


Pada hari Khamis (21.2.2008), saya mengajar seperti biasa dan kesalahan yg kerap saya lakukan adalah 'time management' serta tdk pandai mengawal kelas yg aktif. Setelah selesai menyampaikan isi pengajaran, saya selalunya tdk tahu menyediakan aktiviti sampingan utk mengisi masa yg berlebihan.

1 comment:

asmadi said...

'school feedings' is actually spoon feeding. cheers!