Monday, March 10, 2008

8 Mac 2008 (Sabtu)

Selepas minggu peperiksaan, saya mengajar kelas 4C iaitu Pelajaran Jawi seperti biasa dan tdk ada membuat pembetulan. Walau bagaimanapun, bagi kelas 5A (10.30 - 11.30 pagi) saya membuat pembetulan bersama mereka. CT mengarahkan saya utk membuat pembetulan Kertas Bahasa Melayu 1. Murid-murid dikehendaki membuat pembetulan di dalam kertas sahaja dan menyalin semula karangan mereka dengan menggunakan ayat yang telah dibetulkan atau disemak oleh guru. Oleh yang demikian, persediaan mengajar bagi darjah 5A yang saya sediakan telah dibatalkan.

No comments: