Friday, March 28, 2008

Minggu ke-7 (Cuti Penggal 1 / 20 - 30 Mac 2008)

Pada hari Isnin iaitu 24 Mac 2008 saya datang ke sekolah pada pukul 9 hingga 10.30 pagi. Saya datang ke sekolah untuk menghantar buku murid yang telah disemak pada 20 Mac lepas. Selain itu, saya datang ke sekolah untuk melihat pasukan sekolah bermain bola jaring dan saya juga sempat ikut mereka bermain bola jaring.

Pada hari Sabtu iaitu 29 Mac 2008 saya datang ke sekolah untuk mencari bahan di perpustakaan dan berbincang dengan CT mengenai persediaan mengajar yang saya sediakan.

Monday, March 10, 2008

Minggu ke-5 (10 Mac 2008 / Isnin)

Persediaan mengajar Karangan darjah 4B iaitu pada pukul 7.30 - 8.30 pagi juga dibatalkan kerana ada guru baru di sekolah ini yang mengambil alih kelas saya. Walau bagaimanapun, CT saya yg mengajar darjah 5 mengarahkan saya menjaga kelasnya kerana dia ada hal kecemasan. Saya membuat pembetulan dengan muid daripada darjah 5C iaitu Kertas Bahasa Melayu 2. Saya menjaga kelas ini bermula daripada pukul 7.30 - 9.00 pagi. Ini kerana guru Sivik yg mengajar pada pukul 8.30 - 9.00 pagi mereka tdk ada.

8 Mac 2008 (Sabtu)

Selepas minggu peperiksaan, saya mengajar kelas 4C iaitu Pelajaran Jawi seperti biasa dan tdk ada membuat pembetulan. Walau bagaimanapun, bagi kelas 5A (10.30 - 11.30 pagi) saya membuat pembetulan bersama mereka. CT mengarahkan saya utk membuat pembetulan Kertas Bahasa Melayu 1. Murid-murid dikehendaki membuat pembetulan di dalam kertas sahaja dan menyalin semula karangan mereka dengan menggunakan ayat yang telah dibetulkan atau disemak oleh guru. Oleh yang demikian, persediaan mengajar bagi darjah 5A yang saya sediakan telah dibatalkan.

Tuesday, March 4, 2008

Minggu Peperiksaan bermula pada 3 - 6 Mac 2008

Semasa minggu peperiksaan, saya tdk ada mengajar tetapi menjaga murid yg menduduki peperiksaan. Selain itu, saya juga turut menyemak kertas peperiksaan murid iaitu kertas Bahasa Melayu darjah 5 bersama dgn CT saya.

Sunday, March 2, 2008

Lain-lain

Selain itu, kami semua selalu diarahkan utk menggunting kertas utk dijadikan jadual mata pelajaran yg besar bagi kegunaan di sekolah. Kami juga ada secara suka rela membantu guru-guru di sana 'staple' kertas soalan peperiksaan yg bermula pada 3.3.2008 (Isnin). Giliran sekolah kami adalah menyediakan kertas soalan bagi rendah atas utk S.R.Kuala Belait yg bersebelahan bangunan dengan kami.

Relief Kelas

Saya telah 'relief' beberapa buah kelas, iaitu:

Sabtu - 16.2.2008
Hari ini saya telah menjaga kelas 2B pada pukul 9.00 - 9.30 pagi.


Khamis - 21.2.2008
Hari ini saya menjaga murid darjah Pra B iaitu pada pukul 11.30 - 12.00 tgh hari.


Isnin - 24.2.2008
Saya telah menjaga murid darjah Pra A iaitu pada pukul 9.30 - 10.00 pagi.


Khamis - 28.2.2008
Saya telah 'relief' kelas 4A bermula pada pukul 10.30 - 11.30 pagi kerana guru Mathematics mereka membawa murid-murid yang terpilih pergi ke sekolah lain iaitu 'Ekpo Maths' pusingan awal.


Sabtu - 1.3.2008
Pada hari ini saya telah 'relief' kelas 6C iaitu pada pukul 9.00 - 10.00 pagi kerana guru Bahasa Melayu mereka telah keluar mengguruskan surat pertukaran ke sekolah lain.


Selain itu, saya selalunya diarahkan oleh CT masuk atau menggantikan kelas mereka secara mengejut tanpa menyediakan borang relief kelas. Ini kerana saya juga turut mengajar kelas tersebut dan mata pelajaran kami sama. Selalunya jika saya menggantikan kelas CT, mereka ada menyediakan kertas latihan dan saya hanya perlu menerangkan sahaja.

Aktiviti Luar Sekolah

Pada hari Ahad lepas iaitu 2 Mac 2008, saya dan Yusrina telah keluar bertugas menjaga Peraduan Mewarna Lukisan Perkampungan Anak Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yg ke-24 tahun di Menara Cendera Kenangan, Jalan Sungai Kuala Belait. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 tetapi kami datang awal iaitu pada pukul 7.45 pagi. Saya menjaga murid kategori C iaitu berumur 10 tahun - 13 tahun.

Minggu 3

Pada hari Isnin (25.2.2008), saya mengajar seperti biasa dan masih belum menyesuaikan diri dgn keadaan bilik darjah yg sebenar. Saya juga dtg seperti biasa pada waktu ptg iaitu 2.00 - 3.30 ptg dgn kawan-kawan yg lain.

Pada hari Selasa (26.2.2008), saya tdk ada mengajar hari ini kerana saya diarahkan mengajar pada hari Khamis iaitu pukul 7.30 - 8.30 pagi. Saya hanya duduk di dalam bilik kerja guru dan membuat kerja serta 'relief' kelas. Pada pukul 10.00 pagi saya dibawa CT mengajar murid berpuisi sehingga pukul 11.30 pagi. Murid tersebut adalah murid yg terlibat dgn persembahan esok pagi.

Pada hari Rabu (27.2.2008), kami telah menyambut Hari Kebangsaan di sekolah tetapi tdk lama dan saya mengajar seperti biasa. Selain itu, saya juga diarahkan masuk kelas 5C utk memberikan ujian ulangkaji. CT telah mengarahkan saya menerangkan soalan ujian tersebut sebelum mengarahkan mereka menjawab soalan tersebut. Saya juga diarahkan oleh CT menyediakan persediaan mengajar utk ujian tersebut iaitu bagaimana cara saya menerangkan serta kaedah yg saya gunakan.

Pada hari Khamis (28.2.2008), saya mengajar Fahaman seperti biasa dan saya dpt mengawal kelas ini. Saya mengarahkan murid membaca puisi iaitu 'Puisi Buah Cempedak'. Murid adalah ABM saya yg utama selain gambar buah cempedak & nangka serta saya juga ada membawa daun cempedak yg sebenar. Saya mengarahkan murid merasa perbezaan di antara daun nangka dgn cempedak iaitu kasar dan saiznya juga berbeza. Pada sebelah ptg, saya membantu guru menyediakan kertas ujian utk sekolah ini dan Sek.Rendah Kuala Belait.

Pada hari Sabtu (1.3.2008), saya mengadakan ujian ulangkaji Peribahasa utk murid-murid darjah 4C. Saya sendiri yg menyediakan soalan ujian tersebut dan diberikan kepada murid. Kemudian saya menjaga murid darjah 6C dan memberikan ujian ulangkaji yg disediakan oleh guru mereka pada pukul 9.00 - 10.00 pagi. Karangan murid darjah 5A dibatalkan kerana guru mereka hendak memberikan latihan ulangkaji.

Minggu 2

Pada hari Isnin (18.2.2008), saya mula mengajar menggunakan persediaan mengajar saya sendiri. Saya mengajar darjah 4B iaitu Karangan yg bertajuk 'Tamu di Daerah Saya'. Saya mengajar agak kucar kacir kerana tdk pandai mengawal situasi kelas. Selain itu, saya ditegur oleh CT kerana ada tersalah konsep mengenai tamu. Saya menyatakan keadaan 'Tamu Tudung Saji' dan bukannya situasi di tamu seperti ramai orang, banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan sebagainya. Kemudian pada pukul 10.30 - 11.30 saya mengajar darjah 5B dan saya mengajar kelas ini juga tdk teratur. Pada pukul 11.30 - 12.30 saya ikut CT mengajar darjah 5A dan melihat cara guru tersebut mengajar. Saya membuat perbandingan, guru ini mengajar lebih teratur dan tegas kepada murid-murid. Setelah saya melihat cara guru ini mengajar, baharulah saya mendapat idea kaedah pengajaran yg sesuai dgn murid seperti kaedah perbincangan. Guru ini lebih mementingkan kefahaman murid dan mendapatkan maklumat daripada murid. Ini akan menyebabkan murid lebih berfikir dan bknnya 'School Feedings'.

Pada hari Selasa (19.2.2008), saya mengajar seperti biasa iaitu Bacaan & Fahaman darjah 4C. Saya mengajar agak terkawal tetapi CT menegur saya jgn terlalu lembut dgn murid dan mesti tegas kerana kelas ini adalah di antara kelas yg 'excel'. Walaupun mereka pandai tetapi ada yg suka membuat bising terutama sekali Hakim.


Pada hari Rabu (20.2.2008), saya membawa murid ke Masjid Jamalul Alam Kuala Belait bagi mengikuti aktiviti amal iaitu kempen membersihkan kawasan masjid. Setelah itu, saya mengajar Tatabahasa darjah 4A. Selepas rehat saya mengajar Sivik darjah 5A dan pengajaran saya amat bosan. Saya tdk pandai atau mengajar dgn kreatif pelajaran Sivik dan pengajaran saya kucar kacir. Selain itu, saya ditegur kerana masalah 'time management' kurang baik iaitu selesai mengajar awal 5 minit.


Pada hari Khamis (21.2.2008), saya mengajar seperti biasa dan kesalahan yg kerap saya lakukan adalah 'time management' serta tdk pandai mengawal kelas yg aktif. Setelah selesai menyampaikan isi pengajaran, saya selalunya tdk tahu menyediakan aktiviti sampingan utk mengisi masa yg berlebihan.

Hari Sabtu - 16.2.2008

Pada hari ini, saya tdk ada mengajar kerana sekolah ini ada mengadakan aktiviti melukis. Saya hanya bertugas menjaga murid melukis. Setelah itu, pada pukul 10.00 pagi kami keluar bertugas menjaga pancang masing-masing kerana sekolah ini mengadakan aktiviti 'Rentas Desa' dan selesai sehingga pukul 11.30 pagi.

Hari Khamis - 14.2.2008

Pada hari khamis, saya mencerap CT darjah 4 mengajar kelsa 4C iaitu Fahaman & Bacaan. Pada hari ini saya tdk ada mengajar kerana ini adalah kali pertama saya mencerap guru CT mengajar di dalam kelasnya. Pada hari ini baharulah saya faham cara-cara mengajar di dalam situasi kelas sebenar. Ini adalah pengalaman pertama saya kerana situasi ini amat jauh berbeza daripada apa yang saya pelajari di UBD.

Hari ketiga - 13.2.2008

Pada hari ketiga, saya mengajar tatabahasa darjah 4 dan sivik darjah 5 tetapi masih menggunakan persediaan mengajar guru. Saya juga dicerap oleh CT saya dan dia memberi komen mengenai kesalahan dan kesilapan saya semasa mengajar.

Hari kedua - 12.2.2008

Pada hari kedua, saya diarahkan menjaga murid darjah 5B pada pukul 11.30 - 12.30 kerana guru mereka ada memberikan ujian ulangkaji pelajaran yang lepas. Selain itu, saya juga mengajar darjah 4C tetapi menggunakan persediaan mengajar guru. Pada waktu petang kami diarahkan datang pada pukul 2.00 - 3.30 ptg. Kami juga diarahkan utk menghadiri mesyuarat dengan guru-guru di sekolah berkenaan.

Laporan Minggu 1

Pada minggu 1, kami melapor diri ke sekolah seperti biasa iaitu sebelum pukul 7.00 pagi. Setelah itu, kami semua hanya duduk di dalam bilik kerja guru sehingga pukul 12.30 tgh hari. Pada sebelah petang, kami dikehendaki hadir pada pukul 2.00 ptg utk mendengar taklimat mengenai latihan mengajar.