Friday, March 28, 2008

Minggu ke-7 (Cuti Penggal 1 / 20 - 30 Mac 2008)

Pada hari Isnin iaitu 24 Mac 2008 saya datang ke sekolah pada pukul 9 hingga 10.30 pagi. Saya datang ke sekolah untuk menghantar buku murid yang telah disemak pada 20 Mac lepas. Selain itu, saya datang ke sekolah untuk melihat pasukan sekolah bermain bola jaring dan saya juga sempat ikut mereka bermain bola jaring.

Pada hari Sabtu iaitu 29 Mac 2008 saya datang ke sekolah untuk mencari bahan di perpustakaan dan berbincang dengan CT mengenai persediaan mengajar yang saya sediakan.

No comments: