Sunday, March 2, 2008

Minggu 3

Pada hari Isnin (25.2.2008), saya mengajar seperti biasa dan masih belum menyesuaikan diri dgn keadaan bilik darjah yg sebenar. Saya juga dtg seperti biasa pada waktu ptg iaitu 2.00 - 3.30 ptg dgn kawan-kawan yg lain.

Pada hari Selasa (26.2.2008), saya tdk ada mengajar hari ini kerana saya diarahkan mengajar pada hari Khamis iaitu pukul 7.30 - 8.30 pagi. Saya hanya duduk di dalam bilik kerja guru dan membuat kerja serta 'relief' kelas. Pada pukul 10.00 pagi saya dibawa CT mengajar murid berpuisi sehingga pukul 11.30 pagi. Murid tersebut adalah murid yg terlibat dgn persembahan esok pagi.

Pada hari Rabu (27.2.2008), kami telah menyambut Hari Kebangsaan di sekolah tetapi tdk lama dan saya mengajar seperti biasa. Selain itu, saya juga diarahkan masuk kelas 5C utk memberikan ujian ulangkaji. CT telah mengarahkan saya menerangkan soalan ujian tersebut sebelum mengarahkan mereka menjawab soalan tersebut. Saya juga diarahkan oleh CT menyediakan persediaan mengajar utk ujian tersebut iaitu bagaimana cara saya menerangkan serta kaedah yg saya gunakan.

Pada hari Khamis (28.2.2008), saya mengajar Fahaman seperti biasa dan saya dpt mengawal kelas ini. Saya mengarahkan murid membaca puisi iaitu 'Puisi Buah Cempedak'. Murid adalah ABM saya yg utama selain gambar buah cempedak & nangka serta saya juga ada membawa daun cempedak yg sebenar. Saya mengarahkan murid merasa perbezaan di antara daun nangka dgn cempedak iaitu kasar dan saiznya juga berbeza. Pada sebelah ptg, saya membantu guru menyediakan kertas ujian utk sekolah ini dan Sek.Rendah Kuala Belait.

Pada hari Sabtu (1.3.2008), saya mengadakan ujian ulangkaji Peribahasa utk murid-murid darjah 4C. Saya sendiri yg menyediakan soalan ujian tersebut dan diberikan kepada murid. Kemudian saya menjaga murid darjah 6C dan memberikan ujian ulangkaji yg disediakan oleh guru mereka pada pukul 9.00 - 10.00 pagi. Karangan murid darjah 5A dibatalkan kerana guru mereka hendak memberikan latihan ulangkaji.

No comments: