Pada 5 April 2008 (Sabtu), saya, Ziana dan Mar telah pergi ke Sek.Ren.Kuala Belait utk mengganti guru yg tdk dpt hadir petang itu. Yusrina bertugas sbg kerani utk mendaftarkan nama peserta. Kami pula bertugas menjaga murid yg mengikuti rentas desa pada hari itu. Kami ke sekolah itu pada pukul 1.00 petang sehingga 4.00 petang.
Tuesday, April 8, 2008
Friday, March 28, 2008
Minggu ke-7 (Cuti Penggal 1 / 20 - 30 Mac 2008)
Pada hari Isnin iaitu 24 Mac 2008 saya datang ke sekolah pada pukul 9 hingga 10.30 pagi. Saya datang ke sekolah untuk menghantar buku murid yang telah disemak pada 20 Mac lepas. Selain itu, saya datang ke sekolah untuk melihat pasukan sekolah bermain bola jaring dan saya juga sempat ikut mereka bermain bola jaring.
Pada hari Sabtu iaitu 29 Mac 2008 saya datang ke sekolah untuk mencari bahan di perpustakaan dan berbincang dengan CT mengenai persediaan mengajar yang saya sediakan.
Pada hari Sabtu iaitu 29 Mac 2008 saya datang ke sekolah untuk mencari bahan di perpustakaan dan berbincang dengan CT mengenai persediaan mengajar yang saya sediakan.
Monday, March 10, 2008
Minggu ke-5 (10 Mac 2008 / Isnin)
Persediaan mengajar Karangan darjah 4B iaitu pada pukul 7.30 - 8.30 pagi juga dibatalkan kerana ada guru baru di sekolah ini yang mengambil alih kelas saya. Walau bagaimanapun, CT saya yg mengajar darjah 5 mengarahkan saya menjaga kelasnya kerana dia ada hal kecemasan. Saya membuat pembetulan dengan muid daripada darjah 5C iaitu Kertas Bahasa Melayu 2. Saya menjaga kelas ini bermula daripada pukul 7.30 - 9.00 pagi. Ini kerana guru Sivik yg mengajar pada pukul 8.30 - 9.00 pagi mereka tdk ada.
8 Mac 2008 (Sabtu)
Selepas minggu peperiksaan, saya mengajar kelas 4C iaitu Pelajaran Jawi seperti biasa dan tdk ada membuat pembetulan. Walau bagaimanapun, bagi kelas 5A (10.30 - 11.30 pagi) saya membuat pembetulan bersama mereka. CT mengarahkan saya utk membuat pembetulan Kertas Bahasa Melayu 1. Murid-murid dikehendaki membuat pembetulan di dalam kertas sahaja dan menyalin semula karangan mereka dengan menggunakan ayat yang telah dibetulkan atau disemak oleh guru. Oleh yang demikian, persediaan mengajar bagi darjah 5A yang saya sediakan telah dibatalkan.
Tuesday, March 4, 2008
Minggu Peperiksaan bermula pada 3 - 6 Mac 2008
Semasa minggu peperiksaan, saya tdk ada mengajar tetapi menjaga murid yg menduduki peperiksaan. Selain itu, saya juga turut menyemak kertas peperiksaan murid iaitu kertas Bahasa Melayu darjah 5 bersama dgn CT saya.
Sunday, March 2, 2008
Lain-lain
Selain itu, kami semua selalu diarahkan utk menggunting kertas utk dijadikan jadual mata pelajaran yg besar bagi kegunaan di sekolah. Kami juga ada secara suka rela membantu guru-guru di sana 'staple' kertas soalan peperiksaan yg bermula pada 3.3.2008 (Isnin). Giliran sekolah kami adalah menyediakan kertas soalan bagi rendah atas utk S.R.Kuala Belait yg bersebelahan bangunan dengan kami.
Relief Kelas
Saya telah 'relief' beberapa buah kelas, iaitu:
Sabtu - 16.2.2008
Hari ini saya telah menjaga kelas 2B pada pukul 9.00 - 9.30 pagi.
Khamis - 21.2.2008
Hari ini saya menjaga murid darjah Pra B iaitu pada pukul 11.30 - 12.00 tgh hari.
Isnin - 24.2.2008
Saya telah menjaga murid darjah Pra A iaitu pada pukul 9.30 - 10.00 pagi.
Khamis - 28.2.2008
Saya telah 'relief' kelas 4A bermula pada pukul 10.30 - 11.30 pagi kerana guru Mathematics mereka membawa murid-murid yang terpilih pergi ke sekolah lain iaitu 'Ekpo Maths' pusingan awal.
Sabtu - 1.3.2008
Pada hari ini saya telah 'relief' kelas 6C iaitu pada pukul 9.00 - 10.00 pagi kerana guru Bahasa Melayu mereka telah keluar mengguruskan surat pertukaran ke sekolah lain.
Selain itu, saya selalunya diarahkan oleh CT masuk atau menggantikan kelas mereka secara mengejut tanpa menyediakan borang relief kelas. Ini kerana saya juga turut mengajar kelas tersebut dan mata pelajaran kami sama. Selalunya jika saya menggantikan kelas CT, mereka ada menyediakan kertas latihan dan saya hanya perlu menerangkan sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)